Ehem2!Alhamdulillah,akhirnya kita dah berjaya tempuh satu bulan yang amat mencabar dari segi fizikal dan mental iaitu Ramadhan."Kenapa mental?Bukan kalau kite puasa kite just lapar je ke??"Haaaaa!!!yang tu puasa untuk budak2 jela.Sebenarnya kite bukan setakat melaparkan badan saje,tapi sebenarnya melaparkan juga semua nafsu yang ada dalam diri kita.Semua nafsu tu termasuklah nafsu mengumpat,tamak dan *ehem,ehem!!!*.
Tak caya???Alahai.Hmm,cube kite tengok maksud ibadah puasa tu.Maksudnya,menahan diri daripada makan dan minum serta MELAKUKAN PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari.So,jelaslah yang puasa ni bukan sahaja menguji kekuatan fizikal kita tetapi mental juga diuji sepanjang bulan Ramadhan.
Daripada Abu Hurayrah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa. Sesungguhnya ia untuk-Ku dan Aku membalasnya. Puasa itu perisai. Apabila hari seseorang itu berpuasa maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata tidak senonoh dan janganlah dia menengking. Sekiranya ada orang yang memakinya atau mahu bertengkar dengannya maka hendaklah dia memberitahu bahawa saya sedang berpuasa. Demi yang nyawa Muhammad di Tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, apabila berbuka dia gembira dan apabila bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan puasanya.” (al-Bukhari: 1904, Muslim: 1151)
So,puasa dah selesai.Lepas tu ape????Haih,buat2 tak tawla pulak mamat ni.Lepas tu,RAYALAH!!!!WHIPPPEE!Ehem2!Sabar dulu wahai saudara saudari sekalian!Raya tu raya jugak,tapi dalam kita tengah syok2 raya tu,ade juga batas2 yang kite kena ikut.
First,jangan keterlaluan dalam perhiasan diri baik pakaian ataupun alat kemas.Memang kita disunatkan untuk memakai pakaian yang baharu dan cantik,tapi tak bermaksud kita dibenarkan untuk berlebih-lebih sebab akan menimbulkan rasa sombong pada diri.Sedangkan amalan baik pun kita dilarang untuk berlebih-lebih,nikan pula amalan yang akan membawa kepada kemungkaran.Lagila salah hukumnya!Kedua,yang ni paling orang tak ambil kisah.Jangan kita bersalam dengan orang yang bukan muhrim walaupun niat kita hanya untuk memohon kemaafan.Tapi,kadang-kadang kita susah nak elak benda tu sebab kita terikat antara dua perkara yang amat kuat iaitu adat dan juga syariat.Adat menuntut kita untuk bersalam-salaman bagi memohon kemaafan,kalau tak salam,nampak kurang ajar.Sedangkan syariat membataskan persalaman kita.So,dalam keadaan ini,kita diwajibkan untuk mengikut syariat kerana mengikut adat belum tentu dapat menyelamatkan diri time kat akhirat tapi kalau ikut syariat,adela skit syer yang kita boleh guna time akhirat nanti.
Erm,dua jela ye..hehe..rasenye banyak lagi tapi yela,insanla katekan.Insan tu maksudnya pelupa.Okayla,nasihat akhir daripada Arep untuk kita hayati bersama.Peliharalah kesucian Aidilfitri itu dengan meninggalkan perkara yang haram dan syubhah setelah diri telah berjaya menewaskan nafsu sepanjang bulan Ramadan.Bye,assalamualaikum!
p/s Arep nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!kalau2 antara post arep yang buat korang kecik hati,arep minta maaf..sesungguhnya Arep cuma manusia biasa yang tidak dapat mengenal hati manusia
yang lain

No comments:
Post a Comment
komen untuk membaiki :0