;

Sunday, 3 February 2013

Sahabat yang sebenar....



"Sahabat yang baik adalah sahabat yang mampu membawa sahabatnya
yang lain ke arah kebaikan.
Tatkala rebah,dia angkatkan.
Tatkala naik,dia pasti akan terus menyokong.
Sahabat yang baik juga adalah sahabat yang tidak akan sesekali 
menolak sahabatnya yang lain jatuh ke lembah neraka yang penuh dengan kehinaan.
Berbuat salah,dia perbetulkan.Berbuat baik dia tunjukkan.
Itulah sahabat,penjernih jiwa insani."

Assalamualaikum.Huh!Bau ape ni?!Hapak seyh!Ni mesti ade orang yang dah lame tak buka blog ni.Dah berhabuk blog ni.Haha.Lagipun tu semua salah Arep.Dah lame tak update blog ni.Sebenarnya banyak mase Arep yang free kat asrama ni.Cumo den maleh yo nak buek.

Haa!Dah bace kan ayat-ayat puitis kat atas tu?Yang tu Arep buat sendiri..........Haha,bukanla.Arep ambil daripada satu majalah Gen-Q.Belek punya belek,ternampak pulak quote tu,Terus Arep copy.

Hmm..hari tu dah keluar result PKP (kalau tak tahu ape tu PKP,check post ni)..hari tu kecoh sangat pasal result tu.Tak cukup dengan bising,yang nangis pun ade especially budak perempuan.Budak lelaki cool je.Haha....Arep?Naaahhhh!Tak dapat pun..mungkin rezeki Arep kat sini juga,kat bumi Pekan,Pahang ni.Tak sedih pun tak dapat tapi....Arep sedih sebab kena pisah dengan kawan-kawan.Yela,dah 3 tahun gila sama-sama,macam-macam kitorang hidup sama,tidur sama-sama,cuma..mandi je tak sama.Haha.Tapi orang cakap itulah kehidupan.Tiada cabaran bukanlah kehidupan namanya.Mungkin perpisahan ni merupakan satu ujian untuk Arep kene hadapi.

Sebelum cuti raya cina start,mase ni la kitorang nak spend masa sama-sama puas-puas.Moga-moga lepas ni persahabatan kitorang takkan terputus.Hanya maut yang boleh memisahkan tali persaudaraan kami..Oklah,setakat ni je Arep yang mampu post.Dah lame tak post,otak pun dah beku nak tulis apa lagi.Haha.Bye..Assalamualaikum =)

p/s  dengar lagu blog ni..tetibe rasa syahdu pulak -_-

No comments:

Post a Comment

komen untuk membaiki :0