;

Sunday, 16 December 2012

Tidur Selepas Asar Boleh ke???


Assalamualaikum..Selamat Pagi Arep ucapkan kepada semua reader-readers saya (huh!macam ade =P).Hmm,hari ni 16/12/12.So,maksudnya lagi 3 hari Arep akan dapat result PMR Arep.Hush!Dalam 3 hari ni,lutut Arep ni asyik goyang je.Tak reti nak duduk diam.Yela,cuakla katekan.Tapi...cuak-cuak pown Arep still boleh main game.Haha =D

Okay2,kali ni,Arep nak cerita hukum tidur selepas Asar yang selalunya jadi habit Arep masa kat asrama.Haha..TAPI!!Sebelum tu,Arep nak share sikit pasal tidur selepas Subuh dulu ye.

Hadis Rasullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tabarani dalam al-Awsath,

Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan

Ada juga satu pagi tu,Rasullah SAW ternampak anaknya Fatimah RA tengah baring-baring mase waktu Subuh,lepas tu Rasullah SAW bersabda :

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.’ (Diriwayatkan al-Baihaqi)


Okay.Dah paham kan pasal subuh tu??Okay,now back to our main discussion.Selalunya bila orang nampak kita tidur waktu Asar,mesti orang cakap nanti kita gila.Sebabnya ade ulama kate,Rasullah SAW pernah bersabda yang maksudnya kalau tidur selepas Asar,nanti kita jadi tak waras.Erm,pasal hadis tu Arep nak cakap sikit.Hadis tu sebenarnya hadis yang tidak sahih."Eyh!Suke aty ko je an nak cakap macam tu"..Hoi!Yang ni bukan Arep buat hukum sendiri.Tapi ape yang kebanyakan ustaz-ustaz cakap.Ustaz Azhar sendri pown cakap macam tu tau..Haa!!Korang tengok kat sini>>>>Click Sini!!

UAI cakap tidur selepas waktu Asar hukumnya makruh,tapi kalau kita nak tidur dengan alasan mengantuk,dibenarkan tapi jangan dijadikan sebagai amalan harian kita..macam Arep.Haha,UAI cakap tengah-tengah kita solat Asar,pastu kita ngantuk yang amat sampai Al-Fatihahn berterabur ayatnye,bek kite berhenti solat and tidur sekejap.Tapi bangun balik ye,nanti miss pulak Asar tu.

Ade satu cerita tu pasal seorang tokoh fiqah dan hadis,al-Laith bin Saad.Salah satu habit dia adalah tidur selepas Asar,macam Arep.Haha.Selepas tu beliau ditegur rakan dia sebab dikatakan tidur selepas asar boleh jadi gila.Beliau pun jawab yang maksudnya lebih kurang macam ni 

"Aku tidak akan meninggalkan perkara yang bermanfaat kepada diriku ini (tidur selepas Asar) hanya kerana sebuah hadis yang cacat"

Okay,Arep rase Arep dah jelaskan semuanya kowt.Kalau ade yang salah,tolong betulkan ye.Tapi!!!Kalau nak tegur tu,berdasarkan fakta yang korang dah kaji dulu ye.Jangan sesuki nak bangkang orang tanpa fakta yang betul.Pesanan Arep,kalau korang tak nak tidur selepas Asar pun takpe,tapi jangan dinisbahkan kepada Rasullah.Dengan kata lain,janganle nak dikaitkan dengan hadis tu,juz niat tak nak tidur sebab tak suke cukup.Kalau nak tidur pun tak jadi masalah,mungkin korang nak study malam-malam kan,korang takut mengantuk,korang tidur.Tu pun boleh gak,coz menunaikan hak badan juga satu sunnah.

Wallahua'lam..OK.Bye..Assalamualaikum



2 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Ibu doakan semoga Arep dapat result yg baik serta cemerlang. Apa-apapun redha dan terima saja ianya dengan hati yg terbuka. Insyaallah.

    http://IzaIsmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ibu sebab doakn saye..saye cuma share sekadar ape yang sye tahu je..hehe

      Delete

komen untuk membaiki :0