;

Monday, 10 December 2012

Apabila politik menjadi permainan,Niat baik ke Gaza disalahkan


Assalamulaikum.Hush!Sejuknya malam-malam macam ni.Kalau pekena dengan teh tarik satu diplus dengan satu keping roti bakar,PERGH!MEMANG LAYAN!!haha.Mengarut je makan roti bakar malam-malam.Tapi kalau perut dah start nyanyi lagu gurindamnye,ape-ape pown boleh ditelannya,kan??? =D

Okay..back to the title.Sekarang kita semua pun dah tahu yang artis-artis kita ada yang pergi ke Gaza.Alhamdulillah.Seronok rasanya bila Arep dengar cerita tu.Kalau pergi sane,bukan sahaja kita dapat melawat mangsa perang,tapi kita juga boleh ambil pengajaran di sebalik kejadian yang telah berlaku kat sana.

Tapi ape yang buat telinga Arep ni panas bila terbaca satu berita tak berapa baik ni.Ingat lagi tak berita pasal sorang artis perempuan ni yang heboh bila dia masuk parti PAS.Haa!!rase-rasenya tak perlu kowt Arep nak cerita.Korang pun dah tahu kan???Berita yang Arep bace tu die kate artis yang pergi ke Gaza semata-mata nak sebarkan dakyah UMNO.Eyh!Handal betul mulut tu nak kate benda yang ntah betul ke tidak.Jangan kerana perbezaan fahaman politik,niat baik mereka disalah ertikan.

Dalam Surah An-Nuur ayat 12:

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

So,tepuk dada tanya selera ye..terpulang pada diri kita sendiri nak percaya dengan statement tu or tidak.Tapi fahamilah dalil di atas dengan baik.Moga kita terlindung daripada fitnah dunia yang amat banyak dalam zaman sekarang ni.Dah doa moga kite terlindung,jangan pulak kite buat fitnah kat orang lain pulak.Haa!!Jangan buat tau!!Dosa!!!hehe..oklah..setakat ni je..see you soon!! Assalamualaikum

2 comments:

  1. sama sama kiter mendoakan saudara islam kiter di gaza dan semoga kehadiran artis artis malaysia ke sana mendapat kebaikan dan keredhaan Allah . semoga
    rakyat gaza mendapat perlindungan dari Allah dan perasaan takut dapat dijuahi. in shaa Allah dengan izinnya. amin

    ReplyDelete
  2. Erm..betul3!!!moga2 keamanan yang mereka dapat sekarang akan berkekalan dan doa seluruh umat Islam tidak akan putus coz Palestin merupakan salah satu tempat yang suci..penting untuk kita =)

    ReplyDelete

komen untuk membaiki :0